بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kami dari kelas bahasa melayu 5. Tujuan kami mencipta blog ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang kebaikan sistem munakahat serta muamalat Islam dengan lebih dalam. Semoga sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini, dapat menambah ilmu pengetahuan yang baru. إن شاء الله
Sunday, March 22, 2020
Thursday, March 19, 2020
DEFINISI MUNAKAHAT:
Perkahwinan atau nikah dari segi terminologi (bahasa) ialah himpunan, pengumpulan, percantuman, persetubuhan dan akad.Nikah dari segi bahasa diertikan juga sebagai menindas, setubuh dan senggama.
Nikah dari segi syarak(analogi) pula bererti suatu akad yang menghalalkan pergaulan dan membatasi hak-hak kewajipan serta tolong-menolong antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.Dari segi syarak pula ialah satu akad yang mengandungi rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu untuk mengharuskan pergaulan dan menghalalkan persetubuhan.Menurut Imam Hanafi, nikah merupakan akad yang membolehkan persetubuhan setelah bersatunya suami isteri dalam perkahwinan tersebut.

Untuk mengetahui perbezaan diantara sistem munakahat islam dan konvensional... Kami telah menyediakan powerpoint agar pembaca lebih memahami dan seronok dengan topik ini. Klik disini.
Wednesday, March 18, 2020
Muamalat Islam :
Dari sudut bahasa, muamalat berasal daripada perkataan aamla, yuamilu, muamalah yang bermaksud perlakuan atau tindakan terhadap orang lain atau perhubungan dan persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian manusia, terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan,
Secara umumnya, muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia dengan manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan kepada syariat Allah SWT yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat juga merangkumi semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia seperti urusan jual-beli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.
Bagi mengetahui lebih jelas, penelitian tentang muamalat telah dilakukan dengan membuat perbezaan antara sistem muamalat Islam dan konvensional Malaysia. Boleh lihat dibawah :
disini hihi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kami juga telah menyediakan beberapa soalan untuk menguji tahap pemahaman anda tentang topik ini. Klik link ini https://play.kahoot.it/v2/?...

-
DEFINISI MUNAKAHAT: Perkahwinan atau nikah dari segi terminologi (bahasa) ialah himpunan, pengumpulan, percantuman, persetubuhan dan akad...
-
Muamalat Islam : Dari sudut bahasa, muamalat berasal daripada perkataan aamla, yuamilu, muamalah yang bermaksud perlakuan atau tindakan ...